Selasa, 23 Februari 2016

pencipta sepak takraw

Biografi Dan Pameran



Hamid Mydin
Pencipta Dan Pengasas Permainan Sepak Takraw
"Father of Modern Takraw"
(19 Disember 1916 - 18 Disember 1991)







          Permainan Sepak Takraw pada permulaanya dikenali dengan nama Sepakbola Jaring kemudian kepada Sepakraga Jala atau Jaring dan atas permintaan negara Laos, Kemboja dan Thailand, ianya dinamakan SEPAK TAKRAW. Permainan ini sekarang telah popular di seluruh dunia.

          Malaysia boleh berbangga kerana menjadi negara pelopor sukan yang baru ini dan kerana sepak takraw juga lah nama Malaysia tercatit di arena sukan antarabangsa sebagai negara peneroka yang mula memperkenallkan permainan tersebut.

           Ia telah menjadi salah satu pertandingan paling menarik dalam sukan SEA, sukan Asia dan kejohanan dunia. Langkah sedang dibuat supaya permainan yang berasal dari nenek moyang kita ini diterima dalam sukan Olimpik.




           

            Siapakah manusia pereka yang telah berjasa mencipta permainan sepak raga moden menggunakan jaring ini? Bagaimana dia mendapat ilham supaya pemain-pemain menggunakan "Smashing Tajam"dengan kepala dan "Sepak Maut" untuk mematikan langkah lawan.

            Taktik-taktik baru yang mengagumkan ini terdapat dalam permainan sepak raga jaring yang mula-mula sekali diperkenalkan di Jalan Patani, Pulau Pinang pada tahun 1946.


           


Hamid Mydin dilahirkan pada 19 Disember 1916 dan ketika itu tinggal di Jalan Patani, Pulau Pinang. Pada ketika itu, permainan Sepakraga Bulatan di main di merata tempat terutama di kampung-kampung terdiri daripada kalangan orang tua sahaja.

Anak-anak muda mula menjauhkan diri dari permainan ini dan Sepakraga Bulatan sudah hilang daya penariknya. Penonton yang menyaksikan pertandingan pun boleh dihitung dengan jari walaupun pihak penganjur menyediakan hadiah-hadiah.

            Di atas sebab-sebab inilah mendorong Hamid Mydin untuk mengubah dan memodenkan permainan Sepakraga. Tergambar di fikirannya bagaimana permainan ini menggunakan jaring dan gelanggang badminton.

Kediaman Hamid Mydin
No. 132H Kg Rawa, Jalan Patani, Pulau Pinang



           
Sejarahnya bermula apabila pada suatu petang Februari 1946, Hamid Mydin telah menemui sahabat bernama Mohamad Abdul Rahmananak tempatan Jalan Hatin, Pulau Pinang yang terkenal sebagai pemain Sepakraga Bulatan yang handal dan menceritakan hasratnya untuk mengubah atau memodenkan permainan Sepakraga ini dengan menggunakan jaring dan gelanggang seperti permainan badminton.

            Bertempat di suatu kawasan atas lapisan bertar, tapak bekas Hospital Haiwan di Jalan Patani Pulau Pinang, Hamid Mydin menggaris dengan menggunakan kapur tulis, garisan panjangnya 44 kaki dan lebar 22 kaki. Beliau kemudian meregang tali rami di tiang yang sedia ada tingginya 5 kaki 3 inci.





Dengan menggunakan bolaraga buruk dan menyuruh Mohamad Abdul Rahman berdiri di sebelah sana dan beliau sendiri di sebelah sini. Mereka menendang bolaraga pergi balik cara satu lawan satu. Itulah kali pertama Hamid Mydin mencuba ciptaan barunya.

Pada petang hari berikutnya di tempat yang sama, beliau mencuba membaiki ideanya dengan penambahan 2 orang menjadikan 4 orang dan bermain secara 2 pemain sebelah. Tidak berpuas hati, pada petang ketiganya 6 orang pemain pula digunakan. Beliau sendiri di tempat tekong dan dua pemain lagi di hadapannya. Begitu juga di sebelah sana Mohamad Abdul Rahman di posisi hadapan (apit) dan 2 pemain lagi iaitu 1 orang sebagai tekong dan 1 orang lagi sebagai apit Mohamad Abdul Rahman. 

Cubaan yang dilakukan berjaya.

            Permainan baru ini sejak itu mendapat perhatian ramai. Pemain-pemain muda mula meninggalkan permainan bulatan dan berpindah kepada permainan yang lebih menarik ini menggunakan 3 pemain sebelah dan berjaring yang kemudiannya dinamakan Sepakraga Jaring.


Selepas itu pihaknya juga membuat beberapa perubahan bermain dan mendapat sambutan orang ramai termasuk dari Thailand. Corak permainan sekarang adalah hasil beberapa perubahan yang dibuat bersama Yusof Latif yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung Persatuan Sepakraga Malaysia.Berkat hasil usahanya berterusan bersama Syed Abbas Al-Habshee. Corak permainan baru ini diperkenalkan kepada penduduk Kuala Lumpur. Ianya mendapat galakan dan sokongan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.

Dalam masa yang singkat permainan sepak raga jaring mula dan dipertandingkan dalam stadium bertutup tidak lagi di tanah-tanah lapang yang terbuka.

Hamid Mydin (membelakangi kamera) selaku ketua pasukan sepakraga
MEGAWATI menerima hadiah johan daripada Pegawai Daerah Yan, Kedah
bertempat di kawasan mahkamah Yan Kedah tahun 1959





Persekutuan Sepakraga jaring Malaysia yang ditubuhkan pada 25 Jun 1960 di Balai Rakyat, Jalan Patani Pulau Pinang tanpa ragu-ragu telah mengiktiraf dan mengisytiharkan bahawa HAMID MYDIN sebagaiPENCIPTA DAN PENGASASPERMAINAN SEPAKRAGA JARING.

YB Encik Mohd Khir Johari selaku Yang Dipertua Perseketuan Sepakraga Jaring Malaysia telah menganugerahkan Pingat Emas Khir Johari kepada Hamid Mydin dalam satu majlis yang berlangsung pada 7 Ogos 1977 di dewan Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang.






Beliau juga kemudian dianugerah Pingat Jasa Masyarakat oleh T.Y.T Tun Haji Sardon Bin Haji Zubir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bersempena harijadi T.Y.T yang ke-62, 1979.


Penganugerahan seterusnya beliau terima Pingat Pangkuan Negara daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-8 Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj bertempat di Istana Negara Kuala Lumpur pada 26 Ramadhan 1406 bersamaan 4 Jun 1986.



        Persatuan Melayu Pulau Pinang tidak ketinggalan memberi penghargaan kepada Hamid Mydin. Beliau dipilih sebagai Tokoh dalam kegiatan-kegiatan sukan Sepak Takraw bagi tahun 1988http://hamidmydin.blogspot.co.id/.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar